Saturday, 14 December 2013

Projek1 : Projek Penilaian (Persembahan kawasan kajian dan latar belakang )


     Projek pertama ini ,setiap pelajar dalam subjek Studio Perancangan Bandar dan Wilayah 300 dibahagikan kepada  dua orang dalam satu kumpulan. Saya bersama Amalina(bukan nama sebenar) diletakkan dalam satu kumpulan yang dipilih menerusi cabutan oleh pensyarah studio. Dalam projek pertama ini, kami perlu memilih kawasan kajian yang telah wujud.Kami perlu menilai dari segi aspek:
  1. Penilaian terhadap konsep pembangunan dan pelan tatatur
  2. Membuat perbandingan terhadap apa yang terkandung dalam cadangan dengan komponen yang disediakan di tapak kajian.
     Kami sepakat untuk memilih projek pembangunan bercampur atau 'Mixed Development Project' di Penang Times Square(PTS), Jalan Dato Kramat .Pemilihan PTS sebagai kawasan kajian kami kerana  memenuhi kriteria yang diperlukan oleh kami seperti:
  1. Pembangunan bercampur meliputi kawasan kediaman,komersial,pejabat dan lain-lain lagi.
  2. Faktor penggunaan tanah dan kawasan persekitaran
  3. Sirkulasi jalan dan reaksi masyarakat terhadap pembangunan PTS

Ini merupakan hasil pembentangan saya dan Amalina untuk pemilihan kawasan dan konsep






                                                                       

No comments:

Post a Comment