Peta Negara Kemboja (Sumber:Wikipedia Inc)
Pemandangan matahari terbit bermula pukul 5.51 pagi waktu tempatan(pukul 6.51 pagi waktu Malaysia)
Jambatan ini merupakan tinggalan monumen daripada Kerajaan Angkor.Jambatan ini diberi nama Jambatan Naga menurut masyarakat tempatan atau nama lain iaitu 'Ancient Bridge'
Ia merupakan simbol bagi Kerajaan Angkor pada masa dahulu.Terdapat sembilan kepala naga yang menjadi simbol kerajaan Angkor pada era kegemilangannya.
Kanak-kanak di Wilayah Kandal ,Kemboja semasa Misi Pembinaan Perigi berkolaborasi dengan Pannasastra University of Cambodia
Saya bersama masyarakat dan rakan-rakan yang terdiri daripada Pannasastra University of Cambodia di Wilayah Kandal,Kemboja
Semasa saya berada di Bandar Phnom Penh , penyelengaraan terhadap infrastruktur jalanraya masih kurang memuaskan dan penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan pengguna jalan raya di bandar tersebut masih lemah.
Di Kemboja , aspek keselamatan seperti pemakain topi keledar kurang dititikberatkan oleh pengguna jalan raya.Terdapat juga motosikal dibonceng seramai tiga orang .
Antara kawasan terbuka yang terdapat di Bandar Phnom Penh.Kebanyakkan kawasan terbuka dihiasi dengan landskap lembut,landskap kejur,elemen air pancut dan monumen.
Semasa bulan Oktober lalu, Kemboja mengalami banjir yang disebabkan limpahan keluar air sungai daripada Sungai Mekong.
Sebahagian daripada menara Angkor Wat,Siem Reap
Borassus Flabellifer atau Pokok Tal adalah tumbuhan dari keluarga ARECACEAE atau sama dengan Palmae yang tumbuh dikawasan panas kering seperti di India, Afrika, Kemboja, Indonesia dan banyak kawasan tropika lain. Pokok ini adalah dipercayai berasal dari Afrika dan menjadi pokok kebangsaan bagi negara Kemboja. Pokok ini juga dikenali sebagai Tnaot dalam bahasa Khmer
Semasa saya berada di Kampong Cham , saya mengkaji keadaan fizikal , sosial dan infrastruktur yang terdapat di sini. Majoriti masyarakat yang mendiami Kampong Champ ini terdiri daripada Masyarakat Islam Kemboja .Perkampungan Champ ini tidak mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi selain mengharap kepada sumber bekalan air telaga dan Sungai Mekong.Bekalan elektrik disalurkan melalui generator .Masyarakat disini bersifat peramah dan baik hati.
Kemudahan awam seperti gelanggang bola takraw perlu disediakan bagi memberi kemudahan masyarakat untuk beriadah.
Semasa berada di Sungai Mekong
Terdapat Atrium pada sesetengah kawasan di Bandar Phnom Penh
Pemandangan Sungai Mekong dari atas bot.
No comments:
Post a Comment