Berdasarkan kepada Analisis Kawasan, Kami perlu mencadangkan Pelan Konsep dan Pelan Tatatur bagi Ruang Interaktif Komuniti setempat yang mempunyai element rekabentuk bandar,landskap dan pengiraan kos.
Kriteria yang terdapat dalam projek tiga ini menekankan kepada :
- Metodologi kajian
- Aplikasi proses perancangan
- Persembahan kerja
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri tiga orang.Bagi projek ketiga ini ,saya digandingkan bersama Wadi (bukan nama sebenar) dan Adam (bukan nama sebenar) . Kami bersetuju untuk memilih kawasan kajian kami iaitu Bandar Bagan Serai. Bandar Bagan Serai .Sejarah nama Bandar/ Kota Bagan Serai berasal perkataan "Bagan" yang merujuk kepada tempat pendaratan atau perhentian kepada sebarang aktivitas atau barangan dan dikenali juga sebagai jeti. Sedangkan "Serai" ialah sejenis tumbuhan herba yang menjadi ramuan utama di dalam masakan Melayu. Gabungan kedua-dua nama tersebut wujudnya Bagan Serai.
Sumber: Aplikasi Google Map 2011
Peta Guna Tanah bagi Bandar Bagan Serai
Jalan Bagai Serai merupakan Jalan Persekutuan 1 yang menghubungkan antara Bandar Parit Buntar , Semanggol ,Changkat Jering dan kawasan sekitarnya.
Sumber: Jabatan Kerjaraya Semenanjung Malaysia 2010
Keadaan fizikal kawasan kajian:
Keadaan fizikal Jalan Bagan Serai .Terdapat empat lorong dan dua hala.
Kelebaran kadangkala tidak sekata kerana terdapat jalan yang mempunyai kelebaran 100 kaki dan terdapat juga 132 kaki.Terdapat sebuah Masjid Jamek Bagan Serai di kawasan kajian
Sebuah institusi keagamaan bagi penganut Agama Budhaa.
Terdapat sebuah Ibu pejabat Polis Daerah Kerian di Bandar Bagan Serai
Pejabat Pos Bandar Bagan Serai
Terdapat tiga Stesen Minyak di Bandar Bagan Serai, iaitu Stesen Minyak Shell, Esso dan Petronas
Terdapat jejantas yang menghubungkan antara premis perniagaan dengan premis perniagaan yang lain di seberang jalan.
Planter Box atau Kotak tanaman yang terdapat di sepanjang Jalan Bagan Serai tidak diselia dengan sebaik-baiknya dan terdapat kenderaan berat seperti Lori memarkir di tepi jalan.Hal ini menyebabkan jalan tersebut sempit.
Sepanjang Jalan Bandar Bagan Serai hanya kelihatan deretan rumah-rumah kedai dan sebilangan kecil diubahsuai menjadi pejabat.
Terdapat beberapa buah bank yang beropersi di Bandar Bagan Serai.Antaranya, Public Bank, RHB,BSN , Tabung Haji dan lain-lain
Lampu isyarat yang terletak di persimpangan antara Jalan Bagan Serai dengan Jalan Kuala Kurau.Penyediaan lampu jalan di persimpangan Jalan Bagan Serai- Kuala Kurau ini bertujuan bagi memudahkan pengguna jalan dari Batu Kurau untuk melintas.
Tali Alir yang menghubungkan dari Kolam Bukit Merah menyusuri Bandar Bagan Serai dan seterusnya ke Batu Kurau.
Pengangkutan Keretapi juga terdapat di Bandar Bagan Serai.Perkhidmatan Keretapi amat popular ketika Era Kolonial British dahulu.Keretapi akan mengangkut barangan mentah seperti padi , getah dan hasil ladang kemudiannya dihantar ke Port Weld atau Kuala Sepetang.
Latar Belakang Kawasan Pembangunan
Analisis Kawasan Pembangunan
Cadangan kepada pembangunan Bandar Bagan Serai
1. Terminal Bas Bandar Bagan Serai
Sebelum
Selepas
Pelan Tatatur Bagi Projek Pembangunan Bandar Bagan Serai
Keratan retas bagi Jalan Bagan Serai
2.Susunatur tempat parkir kenderaan di kawasan Masjid Jamek Bandar Bagan Serai
Lebar parkir kereta iaitu 5 kaki x 2.5 kaki.Pada hari Jumaat,Kesesakan sering berlaku di kawasan Masjid terutama ketika waktu Zohor.Penyediaan parkir kenderaan dan susunatur bagi parkir kenderaan yang sesuai dilihat menjadi jaan kepada penyelesaian kepada masalah trafik di Jalan Bagan Serai.
Projek Pembangunan Bandar Bagan Serai
No comments:
Post a Comment