Thursday, 9 January 2014

Projek 6 :Play Role a.k.a Lakonan Watak

  "Berlakon??" itulah ungkapan awal kami apabila mendapat tugasan ini.Tugasan ini memerlukan kami untuk berlakon bagi mengetengahkan dan memahami isu-isu perancangan yang terdapat Malaysia amnya.Kadang kala lawak pun ada apabila melihat semula apa yang kami lakonkan.Apa- apa pun semua berasa seronok dan terhibur dengan persembahan termasuklah para pensyarah iaitu Prof Dr Kausar Hj Ali ,Tn Hj Ghapar Othman dan Prof Dr Hassim Mat



 

Antara babak lakonan kami..



                       

                         
                                    Makcik OKU tumpang lalu.....!!

Antara Konsultant dengan agen hartanah..Kelas ko Zul...

Mr. Li Cong cuba untuk mengambil hati penduduk kampung untuk menjualkan tanah kepada pihaknya
                             


Cepat..cepat...beri laluan...bini nak bersalin!!!

           Penilai-penilai permarkahan  bagi setiap persembahan datangnya daripada kami sendiri..




Projek 5 : Debat

   Tugasan projek ini iaitu  para pelajar Studio Perancang Bandar dan Wilayah 300 dibahagikan kepada beberapa isu yang dibawa dalam pendebatan.Antaranya;
  1. Perumahan berpagar 'Gated Housing' lebih baik daripada perumahan yang dimajukan 
  2. Pembangunan Bandar Kompak lebih baik berbanding Pembangunan Bentuk Bandar 'Form of Urban'
  3. Pembangunan dengan berkonsep lebih sesuai berbanding Pembangunan Tidak Berkonsep
    Dalam setiap tajuk perdebatan ini,terdapat barisan Kerajaan dan Pembangkang. Sesi perdebatan ini diketuai oleh moderator selaku pengerusi majlis , pengadil,penjaga masa,barisan Kerajaan dan barisan Pembangkang.




Kredit kepada Zulfiqar Badri untuk gambar-gambar ini.Terima kasih ye zul!

Saturday, 14 December 2013

Projek 3: Rekabentuk Reruang dan Pengiraan Kos bagi Projek Pembangunan Bandar Bagan Serai




      Berdasarkan kepada Analisis Kawasan, Kami perlu mencadangkan Pelan Konsep dan Pelan Tatatur bagi Ruang Interaktif Komuniti setempat yang mempunyai element rekabentuk bandar,landskap  dan pengiraan kos. 



    Kriteria yang terdapat dalam projek tiga ini menekankan kepada :
  1. Metodologi kajian
  2. Aplikasi proses perancangan
  3. Persembahan kerja
      Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri tiga orang.Bagi projek ketiga ini ,saya digandingkan bersama Wadi (bukan nama sebenar) dan Adam (bukan nama sebenar) . Kami bersetuju untuk memilih kawasan kajian kami iaitu Bandar Bagan Serai. Bandar Bagan Serai .Sejarah nama Bandar/ Kota Bagan Serai berasal perkataan "Bagan" yang merujuk kepada tempat pendaratan atau perhentian kepada sebarang aktivitas atau barangan dan dikenali juga sebagai jeti. Sedangkan "Serai" ialah sejenis tumbuhan herba yang menjadi ramuan utama di dalam masakan Melayu. Gabungan kedua-dua nama tersebut wujudnya Bagan Serai. 



Sumber: Aplikasi Google Map 2011



Peta Guna Tanah bagi Bandar Bagan Serai





      


Jalan Bagai Serai merupakan Jalan Persekutuan 1 yang menghubungkan antara Bandar Parit Buntar , Semanggol ,Changkat Jering dan kawasan sekitarnya.



Sumber: Jabatan Kerjaraya Semenanjung Malaysia 2010

Keadaan fizikal kawasan kajian:


Keadaan fizikal Jalan Bagan Serai .Terdapat empat lorong dan dua hala.


           Kelebaran kadangkala tidak sekata kerana terdapat jalan yang mempunyai kelebaran 100 kaki dan terdapat juga 132 kaki.Terdapat sebuah Masjid Jamek Bagan Serai di kawasan kajian





Sebuah institusi keagamaan bagi penganut Agama Budhaa.


Terdapat sebuah Ibu pejabat Polis Daerah Kerian di Bandar Bagan Serai

Pejabat Pos Bandar Bagan Serai 


Terdapat tiga  Stesen Minyak di Bandar Bagan Serai, iaitu Stesen Minyak Shell,  Esso dan Petronas






                         Terdapat jejantas yang menghubungkan antara premis perniagaan dengan premis perniagaan yang lain di seberang jalan.





Planter Box atau Kotak tanaman yang terdapat di sepanjang Jalan Bagan Serai tidak diselia dengan sebaik-baiknya dan terdapat kenderaan berat seperti Lori memarkir di tepi jalan.Hal ini menyebabkan jalan tersebut sempit.



Sepanjang Jalan Bandar Bagan Serai hanya kelihatan deretan rumah-rumah kedai dan sebilangan kecil diubahsuai menjadi pejabat.

Terdapat beberapa buah bank yang beropersi di Bandar Bagan Serai.Antaranya, Public Bank, RHB,BSN , Tabung Haji dan lain-lain







Lampu isyarat yang terletak di persimpangan antara Jalan Bagan Serai dengan Jalan  Kuala Kurau.Penyediaan lampu jalan di persimpangan Jalan Bagan Serai- Kuala Kurau ini bertujuan bagi memudahkan pengguna jalan dari Batu Kurau untuk melintas.






Tali Alir yang menghubungkan dari Kolam Bukit Merah menyusuri Bandar Bagan Serai dan seterusnya ke Batu Kurau.





   Pengangkutan Keretapi juga terdapat di Bandar Bagan Serai.Perkhidmatan Keretapi amat popular ketika Era Kolonial British dahulu.Keretapi akan mengangkut barangan mentah seperti padi , getah dan hasil ladang kemudiannya dihantar ke Port Weld atau Kuala Sepetang.







Latar Belakang Kawasan Pembangunan






Analisis Kawasan Pembangunan





Konsep Pembangunan bagi Bandar Bagan Serai
      


Cadangan kepada pembangunan Bandar Bagan Serai 
 1. Terminal Bas Bandar Bagan Serai

Sebelum

Selepas

Pelan Tatatur Bagi Projek Pembangunan Bandar Bagan Serai

Keratan retas bagi Jalan Bagan Serai 

2.Susunatur tempat parkir kenderaan di kawasan Masjid Jamek Bandar Bagan Serai

   Lebar parkir kereta iaitu 5 kaki x 2.5 kaki.Pada hari Jumaat,Kesesakan sering berlaku di kawasan Masjid terutama ketika waktu Zohor.Penyediaan parkir kenderaan dan susunatur bagi parkir kenderaan yang sesuai dilihat menjadi jaan kepada penyelesaian kepada masalah trafik di Jalan Bagan Serai.
                                             
 Projek Pembangunan Bandar Bagan Serai