Lawatan ke Tapak Kajian iaitu Penang Times Square Pada 22 Sept 2013
Penang Times Square(PTS) merupakan projek pembangunan bercampur antara perumahan,komersial dan lot pejabat.Projek pembangunan ini terletak di Jalan Dato' Kramat,Pulau Pinang . Ini merupakan sebahagian daripada gambar yang diambil semasa kerja melawat tapak yang dijalankan pada tarikh seperti dinyatakan.
Fasad atau pandangan hadapan bangunan PTS
Tempat meletak motosikal yang terdapat di PTS
Terdapat Rumah Ibadat Umat Islam yang berdekatan iaitu Masjid Kampung Jawa yang terletak di Jalan Kampung Jawa Baru.
Dekorasi yang terdapat di dinding Penang Times Square
Ruang legar yang terdapat pada Projek Pembangunan PTS
PTS juga terletak berdekatan dengan Hotel Sunway,George Town
dan juga Bangunan UMNO,Pulau Pinang
Sebahagian daripada premis perniagaan yang terdapat berhampiran kawasan pembangunan bercampur
Penunjuk bilangan tempat meletak kenderaan turut disediakan di PTS...
Perkhidmatan pengangkutan awam iaitu Rapid Penang turut tersedia...
Terdapat juga institusi perbankan terdapat dalam projek pembangunan PTS seperti Hong Leong Bank dan Maybank
Persekitaran projek pembangunan PTS.
Pada hari berikutnya,kami tidak mematahkan semangat untuk pergi semula bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan Pembangunan Bercampur Penang Times Square.
Terdapat kawasan terbuka atau 'Open Space ' dalam projek pembangunan PTS
Terdapat institusi keagamaan bagi penganut Hindu yang turut terletak di Jalan Dato'Kramat
Pejabat Jualan Ivory Properties Berhad yang terletak di Birch House,Jalan Datuk Kramat....
Kami sempat mengambil gambar model pembangunan PTS...Ohh..rupanya begini lah projek pembangunan bercampur PTS...
Terdapat sebuah lagi institusi keagamaan penganut Hindu di Jalan Kampung Jawa Lama
Kemudiannya, pada 25 September 2013,sekali lagi kami datang untuk mengkaji sirkulasi jalanraya di Projek Pembangunan PTS.
Kesesakan sering berlaku di persimpangan Jalan Kampung Jawa Baru- Jalan Datuk Kramat